CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 19, 2009

Welcome To Our Black Parade: aKu TetaP akU...

: aKu TetaP akU...

aKu TetaP akU...

salam all...yeyeyyeeee..:"> tadi aku abru sign in igetword.com..best dpt duit laie aku..tp xbyk la..tp yg best at least sumanya free.tp aku mau invite kwn cuma nda tau:((..eeeee sedi..tp nti aku bljr jg 2..pc ada dpn mata tp kan aku ni pemlas ba..:D..

about my life..huuuuhu..ntahla xtau ok ka tdk..kdg2 ok..kdg2 tdk..kdg menyakitkan ati..lama da kan aku xupdate blog aku..nthla sejak kebelakangan ni byk proble..by the i'm back..huhuu ep ep horeyyyy..

Tuesday, February 10, 2009

untukMu My deAr

Duka Hati seorang Isteri "Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga... inikah balasan yang kuterima atas
setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri.

Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri.. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasamembuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan
milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang.. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya,kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu
Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa.Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Prosesceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara
cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi..

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah?

Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan ... punya kemahuan..." Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu.. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat sepertidahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku
kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ketidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...

"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang..." Tersentak suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu..
Maafkan Sayang,Abang. "

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang
.

>>aku suka ceta ni biar tdk sama endingnya dgn kisah ku..:
1.aku bukan seorg isteri tp aku seorg kekasih kepada seorg lki yg amat aku sygi dalam usia 3thun percintaan kami..tp aku perna di lukai oleh org yg ku angap sahabat,kakak n ku berikan hak untuk mengikuti setiap perkembangan dear ku..aku bertuah kerna bukan hanya setakat mengikuti malah lebi dr itu..kerpercayaan yg ku berikan padanya telah lenyap tatkala aku melihat sendiri foto yg d gbungkan d **********..mulanya aku tdk percaya hinggalah kwn2 beckp mengenai mereka berdua dan yg mghancurkan hatiku gmbar pmpn itu plak yg ko letakan d ** mu..persoalan demi persoalan d ajukan kepdaku oleh teman2???
"betulka semua 2??"
"what happend??"
"bukanka kamu pasangan yg padan??"
aku hanya terdiam..bertapa aku bodoh mempercayai insan yg begelar sahabat yg suda ku aggap kakak..aku tdk menyalahkan dia sahaja kerna lki itu jg bertngjwp dgn setiap persoalan n keadaan yg terjadi..tp ada kala nya aku menyalahkan diri ku sendiri dgn apa yg terjadi..mungkin kerna aku perasaan syg maka ku biarkan dia melakukan apa sahaja sblum ini biar ia melukakan perasaan ku sendiri..mungkin kerna dia yakin aku akan memaafkan dia biar apa yg dia lakukan kerna sblum ini benda itu la yg akan ku buat..memaafkan kesalahanya biar sebesar mana pun..perasaan kasih syg yg tdak terhingga. tp apa yg aku kesalkan ko seolah2 mengambil kesmpatan dalam kelemahan ku..

bagaimana aku kenal dgn sahabat ku??
3. aku berkenalan dgn nya di dlm ****** spls itu slu berhubung mggunakan ** adakalanya dia la org yg per1 aku cari berbanding dear ku..kerna aku kdg2 trhibur dgn jenakanya.melalui ** dia mengizinkan aku melihat anak2 nya yg begtu comel..kebetulan plak aku ni suka budk2..dr situla aku meminta nasihat pabila berselisih fhm dgn dear ku..aku slu ckp
aku: aku mau brek la..
sahabat ku: uii jgn g2.dia syg ko 2..nti la aku marah dia ok..
aku: ba iya la..aku pun syg dia jg ba..
sahabat ku: na g2 la..jgn sedih2 ok..
bermulala kepercayaan ku kpda nya..

bagaimana aku mengetahuinya???
2. aku berasa hairan pabila ko tdk mghubungi ku 3ari beturut2..pabila d selidiki rupanya ko sdg bersama "sahabatku" tatkala itu..hanya tuhan yg tahu betapa hancurnya ati ku cuma airmata ku sahaja tdk setitik pun yg mengalir..aku suda penat menitiskan airmata d setiap perbuatan mu yg melukakan aku..aku amat sedih bila aku mghubungi mu tp talian xangkt..aku bertnya kpda "sahabatku" melalui email yg membolehkan kami berkenalan dulu..
aku: what happend??"
aku: knpa sgp buat begini??"
sahabatku: i'm sory
aku hanya tersenyum sinis membaca jwpanya..ituka jwpan srg sahabat kpd aku??itu ka balasan sorg sahabat??sorg sahabat yg memeberikan aku kata2 hikmah,supaya aku lebi kuat,cekal dalam meneruskan percintaan ku bersama c dia..

apa yg terjadi...
4. aku bertanya apa yg terjadi sewaktu kamu bersama kpda shbat ku..
aku: sory ggu..ble tnya ka??
sahabatku: apa??
aku: apa yg terjadi time ko sama2 dgn dia??
sahabat ku: terjadi??teda apa2 yg terjadi la..kami teda buat apa2 pun..
aku: oo ok..
aku befikir mungkin dia xmau aku sakit ati kalau dia membuat pengakuan yg jujur..tp apa yg mengejutkan kpda kwn2 nya pun dia bgtau benda yg sama..n time 2 dia sdg u**r.
adakah aku ptt gembira dgn pngakuan ini..mungkin...

hati ku..
5.saat itu aku bertekad tdk akan lg menoleh ke belakang..dan tdk akan memaafkan dia kerna melukan aku..aku memulakan hdp baru slps sehari kejadian itu berlaku..aku tdk mghubungi dia lg..aku harus menguatkan ati ku..aku berjaya..aku berjaya melupakan dia tdk smpai 3hari seorg diri tanpa mengharapkan simpati dr kwn2..mungkin teman2 ku tdk percaya..tp itula aku..luka ini membuatkan aku penat untuk mgharap..

sekembalinya dia kpdaku..
6.di saat aku suda berjaya melupakan nya..dia hadir semula dlm hdup ku..seminggu slps kejadian tersebut dia kembali menagih cinta..n menanyakan cinta kami??aku hanya tersenyum sinis..cinta???teda cinta dalam hdup ku..aku suda ada pengganti mu..aku berharap dia berhenti menggangu ku..aku merayu agar dia kembali kdpa sahabatku..tp dia bekeras katanya itu hanya kesilapan..dia tdk perna mencintai sahabatku..hanya aku...tatkala itu..aku tdk dpt mengawal air mata ku..arggghhh aku menangis lagi..aku benci diri ku..tp itula aku..jiwa seorg wanita..aku amat mengenali nya..aku tahu dia berkata benar..mmg aku la yg dia cintai..tetapi itula lki..tdk perna ckup sorg pmpn..aku percaya kata temanku..
"lki hanya menyintai sorg sahaja biarpun dia melayan ramai pmpn.."
dia menyuruh aku memberikan dia peluang terakhir..aku hnya diam..aku befikir perlukah aku memberikan peluang tersebut..sdgkan ati ini byk kali d lukai???

dia..
7. dia berjanji untuk berubah dan tdk akan melakukan apa2 lg untuk menyakiti ku..aku berharap dia mengotakan janji nya..bukti nya dia telah mendapat tawaran pekerjaan d saat dia berada last semester d pengajian nya..dia tanyakan aku apa yg patut dia lakukan..aku ckp..kalau ko mau buktikan ko sygkan aku..ko pilih kerja dan lupakan study..rupanya dia setuju..dia memilih tawaran pekerjaan itu semata2 itu membuktikan dia betul2 berubah..aku tekejut..sangkaan ku dia akan memilih pelajarannya kerana org tuanya beharap dia menamatkan pengajian nya..

kini...
kini aku bertuah dan bersyukur kerna memberikan nya peluang..dia betul2 berubah dan mengotakan janjinya..kpda dear ku..i miss u n love so much..

~~nukilan ku~~

Monday, December 29, 2008

happy with my New Life

JusT WanT tO Share That I'm haPPy Now With My New Life..n Especially perUbahan CintaKu..I KnoW The THing ThaT Going HappEnd Is HaRD..But I' stroNgly BelIeve That NothiNg HapPenD..What That i'M going To tell That i'm goinG EngageD..WHen?? WheRe?? WitH Who??I WiLl BacK aFter This>>MuuaHHH

Thursday, October 16, 2008

JeJaK-JeJaK KaMi

InI la aDALah jeJak_jeJaK kakI Kami That WaS aTTend FirSt GaTh at aNJung..StaY PeaCe

GatH YG peRtaMa (AnJunG)


ouR FiRsT GaTH

This OuR First Gath at aNJung SenJa..PenGeRusi GaTh Kali inI en.Ijam@wanted KIllar.Ni aDalh GatH Tuk berBuka pUasa Ngn Chatterz..PeNat 2 Memang PeNaT But I'M enJoy It.ChattErz THat AtTend This GaTH aRe:

  1. En.Ijam @ Wanted KilleR
  2. Me @ Pheonix_gurlZZ@ Salju.BunGa_sakUra
  3. IKa @ ChIeka
  4. Vic
  5. Man@ m_5_n
  6. Gad @GhOst KilleR
  7. Lyenda@ ladY_lYenda
  8. Dar @ GayBoY
  9. JOy @lYn RiCh
  10. Cheng @ Malice Blazzer
  11. YusRi@ HalU SatoNaka
  12. SaffZero

n kpDa Sepa yg adiR ThanKs For All suPPoRted..

AssAlamMualaIKuM W.B.T

firSt Of aLL, i wanT 2 DediCateD My LoVely WordS To VeroniCa@maDu BeraCUn BecAuse Of the suPPorted..
to ALL mY Viewer Blog thanKs Being my VisitoR..:-* we Have Use Our TiMe To ceaTed OUr Own Blog...

Tuesday, October 14, 2008

GaTh SaBah KeDuA (RayA)



syukur AlHAmduLiLLah,This is Our seconD Gath..Raya ke4 At Ijam House BerTempat D Kg BuanG SyG PapaR..HaPPenNinG AbeSS At ThaT TimE..WhaT Is The BeSt meMory I HaVe N I ThinK I WiLL mIss It..SmiLe FrOm ChatTerRzZ Face..I Hope It WiLL Be HaPPend again WheN N WheRe I doNt Know..BUt I ReaLLy WaNt It aGaIn..To all My Fren Yg spoRting abess THanks For This Memory..We WiLL MiSS U ALL..saLam

Thursday, September 25, 2008

FOREVER AND ONE

Assalammualaikum...

Pertama kali aku terpandang wajahnya hati ku terus bertanya "milik siapakah gadis ini"...ingin sekali aku memilikinya walaupun aku rasa ianya agak sukar untuk aku milik...setela sekian lama aku mengayat gadis tersebut akhirnya aku dapat memiliki gadis tersebut...aku amat menyayangi gadis tersebut..gadis tersebut ialah pheonix@ujang...kalau kami kahwin nanti aku jemput semua chatter-chatter hadir di majlis yang berbahagia tu nanti...tapi jangan lupa bawa hadiah ar....



sekian...

waasalam..